Penghasilan dan penilaian modul pemetaan minda dalam subjek Undang-undang Syarikat (P420) di politeknik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasil dan menilai Modul Pemetaan Minda dalam subjek Undang-undang Syarikat (P420) di politeknik. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek kebolehlaksanaan dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bermodul dan melihat perbezaan pencapaian...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8691/1/24p%20MOHD%20AZIAN%20HUSIN%20%40%20CHE%20HAMAT.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8691/2/MOHD%20AZIAN%20HUSIN%20%40%20CHE%20HAMAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8691/3/MOHD%20AZIAN%20HUSIN%20%40%20CHE%20HAMAT%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasil dan menilai Modul Pemetaan
Minda dalam subjek Undang-undang Syarikat (P420) di politeknik. Fokus kajian ini
adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek kebolehlaksanaan dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran bermodul dan melihat perbezaan pencapaian antara kumpulan
eksperimen iaitu pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran Modul Pemetaan Minda
dan kumpulan kawalan pula mengikuti kaedah pembelajaran tradisional. Respondcn
bagi kajian ini adalah terdiri daripada 60 orang pelajar Diploma Akauntansi, Semester 5,
Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan
menjalankan ujian formatif ke atas pelajar. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian
SPSS {Statistical Package For Social Science) bagi mendapatkan keputusan Skor Min
dan Ujian t Sampel Tidak Bersandar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden
bersetuju dengan semua aspek kebolehlaksanaan MPM dan motivasi belajar yang dikaji
adalah baik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang
signifikan bagi pencapaian ujian formatif di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. |
---|