Satu tinjauan terhadap tahap pengetahuan guru teknikal dalam pembinaan item objektif di tiga buah sekolah menengah teknik
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan guruguru dalam aspek pembinaan item objektif. Responden adalah terdiri daripada guruguru yang mengajar subjek kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai guru-guru teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik. Secara amnya, kajian...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8698/1/24p%20NURHUDA%20ISMAIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8698/2/NURHUDA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8698/3/NURHUDA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan guruguru
dalam aspek pembinaan item objektif. Responden adalah terdiri daripada guruguru
yang mengajar subjek kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai guru-guru teknikal
di tiga buah sekolah menengah teknik. Secara amnya, kajian ini mengenalpasti sama
ada guru-guru memerlukan garis panduan pembinaan item objektif sebagai panduan
atau rujukan mereka. Soal selidik yang menggunakan Skala Likert digunakan bagi
mendapatkan data tentang tahap pengetahuan guru dalam aspek pembinaan item
objektif dan seterusnya menjawab persoalan kajian ini. Seterusnya, data dari soal
selidik yang dijalankan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 (Statistical
Package For The Social Science). Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa
responden memberi reaksi yang positif dengan tahap pengetahuan yang sederhana.
Namun begitu jika dilihat pada jawapan dalam soal selidik yang diedarkan,
pengetahuan mereka masih banyak lagi yang perlu ditambah. Justeru itu, garis panduan
yang dibina oleh pengkaji adalah merupakan salah satu langkah untuk mengatasi
masalah ini. Garis Panduan Membina Item Objektif yang disarankan ini adalah dibina
berdasarkan format yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ia
merangkumi prosedur, penerangan, langkah-langkah dan defmisi istilah-istilah yang
tertentu yang perlu diberi perhatian apabila soalan peperiksaan objektif hendak dibina.
Diharapkan garis panduan ini dapat membantu pengguna yang memerlukannya apabila
hendak membuat item objektif. |
---|