Model kognitif visual pelajar teknkal melalui perisian animasi grafik
Kajian ini beijudul Model Kognitif Visual Pelajar Teknikal Melalui Perisian Animasi Grafik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan visual dan gaya kognitif pelajar kejuruteraan terhadap prestasi pencapaian pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Elektrik 1 khusus dalam topik Penjanaan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8741/1/24p%20MOHD%20FAZLIKHAISUNIZAM%20ISMAIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8741/2/MOHD%20FAZLIKHAISUNIZAM%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8741/3/MOHD%20FAZLIKHAISUNIZAM%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini beijudul Model Kognitif Visual Pelajar Teknikal Melalui Perisian
Animasi Grafik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan visual dan gaya
kognitif pelajar kejuruteraan terhadap prestasi pencapaian pembelajaran dalam mata
pelajaran Teknologi Elektrik 1 khusus dalam topik Penjanaan melalui koswer animasi
grafik. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan kuasi eksperimental melibatkan reka
bentuk ujian pra-pasca. Kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti perbezaan dan
kesan antara prestasi pencapaian pembelajaran kumpulan pelajar yang mengikuti
pembelajaran secara konvensional (kumpulan kawalan) dengan pelajar yang
menggunakan perisian multimedia animasi grafik (kumpulan rawatan) berdasarkan
tahap Kognitif Visual dari aspek Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi.
Seramai 63 orang responden terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang
mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Merlimau, Melaka.
Untuk mendapatkan data instrumen yang terlibat adalah set soalan ujian persepsi, ujian
memori, ujian SVAT, ujian pra dan ujian pasca, borang soal selidik dan soalan temu
bual. Ujian deskriptif melalui taburan frekuensi menunjukkan data kajian bertaburan
secara normal maka ujian parametrik dilakukan. Analisis data menghitung min dan
sisihan piawai sebagai asas pengiraan manakala inferensi hipotesis menggunakan
prosedur Ujian-t dan Ujian Regresi Pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan Hipotesis
null yang ditetapkan pada aras signifikan 0.05 ditolak. Maka kajian ini dirumuskan
wujud perbezaan yang signifikan secara statistik prestasi pencapaian pembelajaran
berdasarkan tahap Kognitif Visual dari aspek Persepsi Visual, Memori Visual dan
Visualisasi. Selain itu,wujud kesan yang signifikan pada tahap yang sederhana secara
statistik dalam pendekatan ujian pencapaian dengan gabungan pelajar Persepsi Visual,
Memori Visual dan Visualisasi (r = .686, p < 0.05). |
---|