Punca dan tahap tekanan dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Kajian ini bertujuan mengkaji aras tekanan pelajar, jenis tekanan yang dihadapi, faktor utama yang menyebabkan tekanan, perbezaan hubungan antara aspek tekanan yang dikaji dan perbezaan aras tekanan berdasarkan ciri demografi pelajar. Seramai 75 orang pelajar Kejuruteraan Awam dari Kolej Universi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8767/1/24p%20SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8767/2/SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8767/3/SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji aras tekanan pelajar, jenis tekanan yang dihadapi,
faktor utama yang menyebabkan tekanan, perbezaan hubungan antara aspek tekanan
yang dikaji dan perbezaan aras tekanan berdasarkan ciri demografi pelajar. Seramai 75
orang pelajar Kejuruteraan Awam dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
mengambil bahagian di dalam kajian ini. Instrumen kajian dibangunkan sendiri oleh
penulis untuk memenuhi objektif dan situasi kajian ini. Soal selidik terdiri dari tiga
bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi pelajar, Bahagian B faktor-faktor yang
menyumbang tekanan dan Bahagian C pandangan responden. Keseluruhan kajian telah
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) ver
11.5 dengan membuat pengiraan peratusan dan skor min. Pearson Product-Moment
Correlation Coefficient (r) dan Ujian-T tidak bersandar digunakan untuk menjawab
objektif dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan secara purata pelajar
mengalami tekanan pada tahap sederhana. Tahap tekanan kategori minda adalah yang
paling tinggi berbanding tekanan emosi dan fizikal. Faktor utama yang menyumbang
kepada tekanan pelajar ialah terlalu banyak projek atau tugasan yang perlu disiapkan
pada satu-satu masa dengan aras tekanannya 4.01. Terdapat hubungan yang sederhana
di antara aspek minda dan fizikal dan hubungan yang kuat di antara aspek minda dan
emosi serta aspek fizikal dengan emosi. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang
signifkan tahap tekanan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Beberapa
cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan bagi kajian yang selanjutnya. |
---|