Pelaksanaan sistem penilaian bestari satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat Pontian, Johor
Pelaksanaan Sekolah Bestari yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan pendidikan negara kita. Disamping itu, ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan serta berbudi peker...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8961/1/24p%20ASMELINDA%20ISMAIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8961/2/ASMELINDA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8961/3/ASMELINDA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pelaksanaan Sekolah Bestari yang telah dirancang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia merupakan satu agenda untuk memperlihatkan
kecemerlangan pendidikan negara kita. Disamping itu, ia bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan
serta berbudi pekerti mulia. Sistem Sekolah Bestari juga berasaskan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Salah satu instrumen program Sekolah Bestari yang dijalankan ialah
Sistem Penilaian Bestari. Sistem ini memfokuskan kepada menilai juga
merekodkan setiap kemajuan dan prestasi akademik yang dicapai oleh para pelajar.
Oleh yang sedemikian, ia menjadi pengukur salah satu kejayaan Sekolah Bestari.
Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji akan melihat sejauhmanakah pihak Pentabiran
Sekolah, guru dan para pelajar memahami Sistem Penilaian Bestari dari segi
pengetahuan, pendedahan, pelaksanaan dan permasalahan yang dihadapi. Kajian
difokuskan kepada dua buah Sekolah Bestari di sekitar negeri Johor iaitu di
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian. Kajian yang
dijalankan akan melibatkan seramai 40 orang responden. Manakala borang soal
selidik merupakan instrumen kajian yang akan digunakan didalam penyelidikan ini.
Data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft
Excel. Melalui hasil dapatan data-data tersebut kebanyakkan menunjukkan aspek
pelaksanaan Sistem Penilaian Bestari masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Pengkaji mengandaikan sikap guru yang memandang mudah dan tidak
melaksanakan Sistem Penilaian Bestari merupakan faktor utama ia tidak
diaplikasikan dengan sempurna di sekolah-sekolah Bestari tersebut. Maka dengan
itu, diharapakan kertas kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam
memahami dan seterusnya dapat merealisasikan pelaksanaan Sistem Penilaian
Bestari. |
---|