Penghasilan dan penilaian cd pembelajaran bagi subjek pneumatik
Perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran seperti gaya belajar dan motivasi. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pembelajaran menggunakan CD pembelajaran. Objekti...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9033/1/24p%20AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9033/2/AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9033/3/AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepada
kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran seperti gaya belajar dan motivasi.
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan
mengindividukan pembelajaran menggunakan CD pembelajaran. Objektif kajian ini
adalah untuk menghasilkan CD pembelajaran untuk melihat sama ada aspek kefahaman
dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran
pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan CD
pembelajaran dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran.
Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar semester lima Diploma
Kejuaiteraan Mekanikal (Mekatronik) di Politeknik Kota Bharu (PKB). Data dikumpul
dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0 bagi mendapatkan peratusan dan
skor min. Dapatan kajian menunjukkan CD pembelajaran yang dihasilkan dapat
membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar, di samping mempunyai elemen
persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa
penghasilan CD pembelajaran dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap
proses pembelajaran. |
---|