Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Ke...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9035/1/24p%20ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9035/2/ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9035/3/ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu
mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di
kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang
responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Kejuruteraan telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Data kajian telah dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan
kekerapan dan min dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan
juga perisian Microsoft Excel. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABBM jenis bukan
elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah tidak
pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif
tidak disediakan langsung dalam Studio Lukisan atau pengajaran Lukisan Kejuruteraan
ini. Kekurangan penyediaan pelbagai jenis ABBM menyebabkan kekerapan
penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad kepada
penggunaan ABBM bukan elektronik. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap
kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Lukisan Kejuruteraan
adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas
pelajar, saiz ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi
kekurangan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Diharap
pihak berkaitan bekeijasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga
mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen
khususnya dalam Lukisan Kejuruteraan. |
---|