Pembinaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan
Perkembangan dalam teknologi hari ini mempengaruhi setiap bidang dalam kehidupan. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pembinaan ABBM berbantukan komputer bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan di kalangan pelajar Diploma Akauntans...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9037/1/24p%20HADIJAH%20KODIRON.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9037/2/HADIJAH%20KODIRON%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9037/3/HADIJAH%20KODIRON%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Perkembangan dalam teknologi hari ini mempengaruhi setiap bidang dalam
kehidupan. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu, kajian ini
dijalankan untuk mengkaji tahap pembinaan ABBM berbantukan komputer bagi mata
pelajaran Pengurusan Perniagaan di kalangan pelajar Diploma Akauntansi, Semester 3 di
Politeknik Port Dickson. Kajian ini merangkumi empat aspek utama iaitu ABBM
berbantukan komputer yang dibina dapat menarik minat, menambahkan kefahaman,
meningkat motivasi dan penerimaan pelajar yang mengikuti proses P&P. Produk ini
(ABBM berbantukan komputer) dibina dengan menggunakan 'Microsoft Powerpoint)
versi XP. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah
dijalankan terhadap 37 orang responden yang dipilih daripada populasi. Data yang
dikumpulkan dianalisis menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS)
versi 11.0 yang melibatkan skor min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini,
mendapati bahawa pembinaan ABBM berbantukan komputer dari ke empat aspek yang
dikaji adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dari dapatan ini menunjukkan bahawa
pembinaan ABBM berbantukan komputer ini dapat menarik minat, menambahkan
kefahaman, meningkat motivasi dan diterima oleh pelajar. Pengkaji mencadangkan
supaya ABBM berbantukan komputer ini dimurnikan ke dalam bentuk web untuk
memudahkan para pengguna memperolehi maklumat. |
---|