Pembangunan staf untuk pengintegrasian e-pembelajaran di politeknik
Pembangunan staf adalah dianggap antara satu faktor bagi menentukan kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan politeknik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor kritikal, tahap kemahiran teknologi dan tahap kesediaan pembangunan staf terhadap e-pembelajaran di tiga buah...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9040/1/24p%20MOHD%20NOR%20IHKASAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9040/2/MOHD%20NOR%20IHKASAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9040/3/MOHD%20NOR%20IHKASAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pembangunan staf adalah dianggap antara satu faktor bagi menentukan kejayaan
pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan politeknik. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti faktor kritikal, tahap kemahiran teknologi dan tahap kesediaan
pembangunan staf terhadap e-pembelajaran di tiga buah politeknik, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Salah satu instrumen yang diguna untuk kajian ini telah
dibangunkan secara kolaboratif dengan bantuan lebih kurang 40 pakar e-pembelajaran,
menggunakan kaedah Delphi atas talian menggunakan perisian sumber terbuka PhP dan
pengkalan data MySQL. Instrumen tersebut menampilkan empat aspek penting yang
menyumbang kepada kejayaan e-pembelajaran, iaitu; sikap, pedagogi, kepakaran bidang
dan kemahiran teknologi. Hasil soal selidik ke atas 382 responden, dari tiga buah
politeknik yang dipilih secara rawak menunjukkan beberapa dapatan yang penting. Hasil
dari dapatan kajian didapati aspek kemahiran teknologi di kalangan staf politeknik masih
berada pada tahap yang kurang memberangsangkan atau ditafsirkan sebagai kurang pakar,
manakala bagi tahap kesediaan pembangunan staf, berada pada tahap pelaksana.
Berdasarkan dapatan tersebut, beberapa cadangan mengenai pembangunan e-staf telah
dikemukakan yang meliputi inisiatif meningkatkan pengintegrasian e-pembelajaran di
dalam sistem sedia ada. |
---|