Pembentukan model struktur pengurusan aset tak alih di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan pengurusan aset dan fasiliti di Malaysia masih dalam proses penelitian dan pemerhatian kerana wujudnya elemen-elemen yang tidak memberangsangkan serta berpotensi untuk meningkatkan kos penyenggaraan sedia ada terutamanya di negeri...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/910/1/24p%20MOHAMED%20ALI%20MOHAMED%20ABU%20BACKER.pdf http://eprints.uthm.edu.my/910/2/MOHAMED%20ALI%20MOHAMED%20ABU%20BACKER%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/910/3/MOHAMED%20ALI%20MOHAMED%20ABU%20BACKER%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan pengurusan aset
dan fasiliti di Malaysia masih dalam proses penelitian dan pemerhatian kerana wujudnya
elemen-elemen yang tidak memberangsangkan serta berpotensi untuk meningkatkan kos
penyenggaraan sedia ada terutamanya di negeri Johor. Laporan Audit secara khusus dan
keras menegaskan negeri Johor berhadapan dengan kelemahan pematuhan prosedur serta
dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan projek sedangkan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) adalah pihak tunggal yang berkaliber untuk menguruskan aset fizikal awam dan
fasiliti dalam proses menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang awam.
Kesannya, berlaku pertambahan peruntukan belanjawan kerajaan selain kelewatan
rakyat menerima servis sekaligus menjejaskan kualiti perkhidmatan yang bakal diterima.
Hal ini jika tidak ditangani segera boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti kerajaan
dalam menyediakan perkhidmatan yang baik kepada orang awam. Oleh itu, kajian ini
dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor pengurusan sokongan aset tak alih di PBT
negeri Johor, mengenalpasti hubungan antara pengurusan aset dengan kitar hayat aset
tak alih di PBT negeri Johor; dan membentuk model struktur pengurusan aset tak alih
bagi PBT negeri Johor. Penyelidikan dijalankan menggunakan kaedah triangulasi data
yang melibatkan kajian literatur, soal-selidik dan temubual pakar berdasarkan kerangka
teoritikal iaitu Model Umum Pengurusan Aset Menyeluruh yang disediakan oleh
Kerajaan Malaysia. Manakala, kaedah menganalisis data menggunakan dua teknik
statistik yang telah diterima pakai, iaitu teknik statistik generasi pertama, Statistical
Packages for the Social Sciense (SPSS) versi 20 dan teknik statistik generasi kedua,
Structural Equation Modeling (SEM). Hasil kajian mendapati faktor pengurusan sumber
manusia, pengurusan permintaan, pengurusan data dan pengurusan prestasi merupakan
pembolehubah yang signifikan, berpengaruh dan penting bagi memastikan elemen kitar
hayat aset khususnya elemen perolehan dapat dioptimakan. Berpandukan dapatan kajian,
satu model struktur pengurusan aset tak alih dibentuk agar dapat menambahbaik kualiti
pengurusan aset di PBT negeri Johor. |
---|