Gaya pembelajaran pelajar taiiiin dua kursus sarjana muda kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Kajian ini dijalankan untuk melihat taburan corak gaya pembelajaran pelajar Tahun Dua kursus Sarjana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Penyelidik melihat dari sudut yang amat kurang mendapat perhatian masyarakat iaitu pendekatan dan gaya pembelajaran para pelajar, t...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9111/1/24p%20ANNIE%20AZLINA%20SHAHRAN%20HERLIANA%20HASSAN%20JAMALIAH%20SALBI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9111/2/ANNIE%20AZLINA%20SHAHRAN%20HERLIANA%20HASSAN%20JAMALIAH%20SALBI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9111/3/ANNIE%20AZLINA%20SHAHRAN%20HERLIANA%20HASSAN%20JAMALIAH%20SALBI%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat taburan corak gaya pembelajaran
pelajar Tahun Dua kursus Sarjana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn. Penyelidik melihat dari sudut yang amat kurang mendapat perhatian
masyarakat iaitu pendekatan dan gaya pembelajaran para pelajar, tanpa mengambilkira
faktor sikap dan persepsi yang terlalu banyak diperkatakan sebagai sebahagian daripada
penyebab kepada pencapaian pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Kajian ini
juga ingin melihat samada terdapat perbezaan di antara gaya pembelajaran pelajar
mengikut enam faktor pembolehubah tidak bersandar yang merupakan faktor
latarbelakang respondan iaitu jantina, kaum, aliran semasa di sekolah menengah, kursus
pengajian, prestasi CGPA semasa, taraf pendidikan ibu dari taraf pendidikan bapa. Kajian
menunjukkan bahawa corak taburan gaya pembelajaran para pelajar Tahun Dua kursus
Saijana Muda Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang
dominan atau paling kerap diamalkan adalah Reflektor. Kajian telah mendapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar dengan tiga
faktor latarbelakang yang dikaji iaitu jantina, kaum dan aliran semasa di sekolah
menengah, manakala terdapat perkaitan yang signifikan di antara gaya pembelajaran
dengan prestasi CGPA semasa, taraf pendidikan ibu dan taraf pendidikan bapa. Dalam
proses untuk memantapkan potensi para pelajar agar mereka dapat mengeksploitasi gaya
pembelajaran mereka secara terbaik dan berkesan, pendedahan kepada konsep dan
latarbelakang serta kepentingan gaya pembelajaran di kalangan warga pendidikan
khususnya dalam kajian ini melibatkan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oan
adalah amat penting bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara |
---|