Pembinaan modul sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Proses pembelajaran sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar. Namun begitu prestasi pencapaian akademik rnempunyai kesinambungan dengan perancangan dan pengurusan masa seseorang pelajar. Oleh itu, sistem pengurusan masa pembelajaran yang sistematik dan teratur perlu di dalam kehidupan...
Príomhchruthaitheoir: | |
---|---|
Formáid: | Tráchtas |
Teanga: | English English English |
Foilsithe / Cruthaithe: |
2002
|
Ábhair: | |
Rochtain ar líne: | http://eprints.uthm.edu.my/9117/1/24p%20FARIZAN%20ZAKARIA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9117/2/FARIZAN%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9117/3/FARIZAN%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf |
Achoimre: | Proses pembelajaran sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar.
Namun begitu prestasi pencapaian akademik rnempunyai kesinambungan dengan
perancangan dan pengurusan masa seseorang pelajar. Oleh itu, sistem pengurusan
masa pembelajaran yang sistematik dan teratur perlu di dalam kehidupan seseorang
itu. Kajian ini cuba mengkaji dan menghasilkan satu sistem pengurusan masa
pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Sistem yang dihasilkan adalah berbentuk risalah edaran iaitu jadual pengurusan masa
pembelajaran harian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal
selidik dan penilaian semula produk. Seramai 361 pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn terpilih sebagai sampel kajian, di mana mereka dipilih
secara rawak. Hasil kajian ini dianalisa dengan menggunakan peratusan dan skor
min. Berdasarkan kepada hasil analisis data yang diperolehi didapati sistem
pengurusan masa pembelajaran harian ini amat penting kepada pelajar iaitu dengan
nilai skor minnya ialah 3.48. Manakala penilaian terhadap jadual yang dihasilkan
adalah memberangsangkan. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah sistem
pengurusan masa pembelajaran harian ini perlu dan amat sesuai bagi setiap pelajar
kerana ianya dapat membantu mereka merancang dan mengurangkan tekanan dari
segi pengurusan masa pembelajaran harian.
Kata penting: Pembelajaran, perancangan, pengurusan masa, jadul waktu belajar,
pelajar, sistem. |
---|