Tahap kemahiran pelajar kejuruteraan awam Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) Batu Pahat menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran

Bidang kajian ini meninjau kemahiran pelajar jurusan Kejuruteraan Awam menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran di politeknik. Dimensi kemahiran yang dikaji ialah kemahiran teknikal, kepimpinan, interaksi dan konseptual. Sampel kajian ialah terdiri dari 100 orang pelajar Diploma Kejuruter...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Simarani, Juhana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9120/1/24p%20JUHANA%20SIMARANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9120/2/JUHANA%20SIMARANI%20COPYRIGHT%20DECCLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9120/3/JUHANA%20SIMARANI%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Bidang kajian ini meninjau kemahiran pelajar jurusan Kejuruteraan Awam menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran di politeknik. Dimensi kemahiran yang dikaji ialah kemahiran teknikal, kepimpinan, interaksi dan konseptual. Sampel kajian ialah terdiri dari 100 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran keseluruhan pelajar terhadap penggunaan komputer adalah positif. Purata pelajar mempunyai pengalaman menggunakan komputer di antara 3 hingga 4 tahun. Kira-kira 66.4% pelajar menyatakan keyakinan yang tinggi dari aspek kemahiran teknikal dan mereka menganggap komputer sebagai pemudah cara pembelajaran. Dimensi kemahiran berinteraksi, 55.1% pelajar menyatakan mereka cenderung berinteraksi terhadap rakan sebaya dan 50.5% cenderung untuk berlatih sendiri dalam menyelesaikan masalah . Tahap kefasihan pelajar berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris adalah sederhana. 57.9% pelajar menyatakan bahawa kemahiran kepimpinan dapat dibina dan komputer beijaya meningkatkan prestasi pembelajaran. Sementara itu, 74.8% pelajar menyatakan penggunaan komputer dapat menjimatkan masa. Dimensi kemahiran konseptual juga adalah sederhana. Hanya 33.7% pelajar menyatakan mudah untuk menginferensi dan mengintergrasi di antara maklumat ketika menggunakan komputer. Pada keseluruhannya kajian ini mendapati pelajar mempunyai tahap kemahiran menggunakan komputer dengan baik.