Persepsi pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan di KUiTTHO terhadap jadualwaktu di luar wakil rasmi : satu tinjauan

Jadual waktu kuliah merupakan elemen yang penting dalam mengerakkan sesuatu proses pembelajaran. Jika jadual waktu kuliah tidak disusun dengan baik, maka ia boleh membawa masalah kepada pelajar. Justeru itu, pengkaji telah membuat satu kajian bertajuk " Persepsi Pelajar Ijazah Saijana Muda K...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Norbaini
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9144/1/24p%20NORBAINI%20MOHAMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9144/2/NORBAINI%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9144/3/NORBAINI%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Jadual waktu kuliah merupakan elemen yang penting dalam mengerakkan sesuatu proses pembelajaran. Jika jadual waktu kuliah tidak disusun dengan baik, maka ia boleh membawa masalah kepada pelajar. Justeru itu, pengkaji telah membuat satu kajian bertajuk " Persepsi Pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Di KUiTTHO Terhadap Jadual Waktu Di Luar Waktu Rasmi: Satu Tinjauan". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang terdiri daripada pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik. Instrumen kajian berbentuk soal selidik dan temubual. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik diskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Analisis kajian ini berdasarkan skor min. Dapatan kajian telah menunjukkan pelajar kurang setuju sekiranya kelas pada waktu malam dielakkan dengan skor min (3.23). Skor min (3.68) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kelas pada hari Sabtu dan Ahad dapat dielakkan. Pelajar juga setuju sekiranya jadual waktu kuliah yang diadakan antara jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang dapat dielakkan dengan skor min (3.52). Begitu juga, skor min (3.57) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kuliah yang diadakan antara jam 6.00 petang hingga 7.00 malam dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi tidak dapat diterima oleh kebanyakan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO.