Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar sarjana: tinjauan ke atas pelajar sarjana pendidikan (teknikal) di KUiTTHO
Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9398/1/24p%20ASMIZA%20OSMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9398/2/ASMIZA%20OSMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9398/3/ASMIZA%20OSMAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran
tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi.
Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar
mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal)
iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan
dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar saijana lelaki dan wanita semester I, II
dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan
C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa
dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam
bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang
muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan
pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita. |
---|