Persepsi pelajar terhadap profesion perguruan ( satu tinjauan ke atas Pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO ) )
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar Saijana Pendidikan Teknikal di KUiTTHO terhadap profesion perguruan. Sehubungan dengan itu, kajian ini melaporkan mengenai faktoryang menarik minat dan faktor yang menolak minat pelajar terhadap profesion perguruan serta sikap pelajar terha...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9402/1/24p%20DAMAISARI%20MOHD%20NAWI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9402/2/DAMAISARI%20MOHD%20NAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9402/3/DAMAISARI%20MOHD%20NAWI%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar Saijana Pendidikan
Teknikal di KUiTTHO terhadap profesion perguruan. Sehubungan dengan itu, kajian ini
melaporkan mengenai faktoryang menarik minat dan faktor yang menolak minat pelajar
terhadap profesion perguruan serta sikap pelajar terhadap profesion perguruan. Kajian ini
melibatkan 270 orang pelajar Saijana Pendidikan Teknikal di Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang terdiri daripada 110 orang pelajar Semester 1, 108
pelajar Semester 2 dan 52 orang pelajar Semester 3. Hasil kajian mendapati purata pelajar
lelaki menunjukkan minat yang sederhana terhadap profesion perguruan. Begitu juga
dengan pelajar perempuan, puratanya menunjukkan minat yang sederhana terhadap
profesion perguruan kecuali pelajar perempuan yang memilih profesion perguruan
sebagai pilihan pertama menunjukkan minat yang tinggi terhadap profesion perguruan.
Hasil kajian juga mendapati faktor utama yang menarik minat pelajar lelaki terhadap
profesion perguruan ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor untuk
melanjutkan pelajaran dan gaji yang tetap. Faktor utama yang menarik pelajar perempuan
ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor dorongan orang terdekat dan
gaji yang tetap. Manakala faktor utama yang menolak minat pelajar lelaki dan perempuan
terhadap profesion perguruan ialah gaji yang tidak setimpal dan peluang pekerjaan lain
yang lebih lumayan. Namun begitu, keseluruhan pelajar menunjukkan sikap yang positif
terhadap profesion perguruan. |
---|