Pemantapan penilaian pembimbing dalam program latihan mengajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
Program Latihan Mengajar merupakan satu aspek penting dalam kursus latihan guru bertujuan mendedahkan mereka aspek tugas pengajaran di bilik daijah atau bilik kuliah dan juga mendapatkan pengalaman asas mengenai tugas, tanggungjawab dan peranan seorang guru di sekolah atau politeknik. Oleh yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9405/1/24p%20HANIZAH%20OSMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9405/2/HANIZAH%20OSMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9405/3/HANIZAH%20OSMAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Program Latihan Mengajar merupakan satu aspek penting dalam kursus
latihan guru bertujuan mendedahkan mereka aspek tugas pengajaran di bilik daijah
atau bilik kuliah dan juga mendapatkan pengalaman asas mengenai tugas,
tanggungjawab dan peranan seorang guru di sekolah atau politeknik. Oleh yang
demikian, adalah menjadi hasrat kajian untuk mengetahui sejauh manakah
keberkesanan penggunaan borang penilaian pembimbing yang sedia ada terhadap
pembaharuan ke atas borang tersebut kepada penyediaan sebuah Buku Laporan
Penilaian Pembimbing Latihan Mengajar. Seramai 50 orang responden yang dipilih
secara rawak dari lima buah politeknik di Malaysia untuk mewakili politeknikpoliteknik
di Malaysia untuk mendapatkan data kuantitatif. Hasil kajian ini
diperolehi melalui maklum balas soal selidik dan dianalisis menggunakan
"Statistical Package for Social Sciences''' (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan
responden bersependapat terhadap perlunya pembaharuan dan perubahan dalam
penyediaan satu penilaian pembimbing yang sistematik. Dari hasil dapatan kajian
ini merupakan sebuah produk "Buku Laporan Penilaian Pembimbing Latihan
Mengajar". Penghasilan produk ini telah mendapat penilaian semula daripada pihak
yang arif dan pakar dalam penilaian dan penyelarasan program latihan mengajar.
Secara keseluruhannya responden percaya pembaharuan perlu dilakukan dan ini
dapat meningkatkan keberkesanan dalam penilaian ke atas pelatih. |
---|