Analisis pembangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan modul pembelajaran kendiri mekatronik
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap peinbangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). Aspek-aspek yang dikaji merangkumi tahap kecenderungan berfikir pelajar, t...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9407/1/25p%20AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9407/2/AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9407/3/AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap peinbangunan kemahiran berfikir
di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berbantukan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). Aspek-aspek
yang dikaji merangkumi tahap kecenderungan berfikir pelajar, tahap pembangunan
kemahiran berfikir pelajar, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap kriteria
kemahiran kreativiti pelajar. Kajian ini dilakukan secara deskriptif melalui soal selidik
dan temubual. Menggunakan dua kumpulan responden iaitu pelajar dan guru, dua set
soal selidik dan tiga soalan temubual yang dibina telali diedarkan kepada 180 orang
responden pelajar dan 15 orang responden guru termasuk 2 orang responden temubual,
yang telah dipilih secara rawak dari bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Hasil
kajian telah menunjukkan bahawa tahap kecenderungan berfikir pelajar di tahap
sederhana dan pelajar cenderung untuk berfikiran sempit dalam proses pembelajaran,
manakala tahap pembangunan berfikir pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan MPK, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap
pembangunan kriteria kemahiran kreativiti adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa MPK
yang disediakan dapat membantu pembangunan kemahiran berfikir dalam P&P. |
---|