Tinjauan terhadap permasalahan pelajar sarjana pendidikan teknik vokasional(KUiTTHO) dalam menjalani latihan mengajar
Program latihan mengajar merupakan suatu komponen yang penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian yang bertajuk "Tinjauan Terhadap Permasalahan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional (KUiTTHO) Dalam Menjalani Latihan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9409/1/24p%20HASNIZA%20HARUN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9409/2/HASNIZA%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9409/3/HASNIZA%20HARUN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Program latihan mengajar merupakan suatu komponen yang penting dalam
pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan
berwibawa. Kajian yang bertajuk "Tinjauan Terhadap Permasalahan Pelajar Saijana
Pendidikan Teknik dan Vokasional (KUiTTHO) Dalam Menjalani Latihan
Mengajar" ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat adakah wujud permasalahan
yang dilalui oleh pelajar-pelajar bidang pendidikan dalam menjalani latihan
mengajar. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan maklum balas para pelajar
mengenai permasalahan latihan mengajar dari segi aspek sebelum, semasa dan
selepas. Kajian secara tinjauan ini melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada
seramai 120 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Saijana Pendidikan
Teknik dan Vokasional semester III sesi 2003/2004. Perisian Statistical Package for
Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0) digunakan dalam pemprosesan dan
penganalisaan data bagi mendapatkan peratusan dan min. Hasil kajian ini secara
keseluruhannya menunjukkan responden memberikan maklumbalas yang positif
terhadap latihan mengajar yang telah mereka jalani. Min bagi aspek sebelum
menjalani latihan mengajar ialah 2.93, manakala bagi aspek semasa menjalani latihan
mengajar ialah 2.85 dan bagi aspek selepas latihan mengajar pula ialah 3.09.
Daripada dapatan yang diperolehi, sebahagian besar daripada mereka berpuashati
dengan latihan mengajar dimana ia berada pada tahap sederhana baik dan
memuaskan. |
---|