Persepsi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah terhadap perlaksanaan program sijil kemahiran satu tinjauan di dua buah sekolah teknik di Negeri Johor
Program Sijil Kemahiran merupakan satu alternatif untuk memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam akademik untuk meneruskan pelajaran mereka. Melalui program ini pelajar mendapat kemahiran dan seterusnya mendapat persijilan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Se...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9449/1/24p%20NOR%20HAYATI%20MAT%20NOR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9449/2/NOR%20HAYATI%20MAT%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9449/3/NOR%20HAYATI%20MAT%20NOR%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Program Sijil Kemahiran merupakan satu alternatif untuk memberi peluang
kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam akademik untuk meneruskan
pelajaran mereka. Melalui program ini pelajar mendapat kemahiran dan seterusnya
mendapat persijilan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Selain dari
melahirkan pelajar yang berkemahiran, program ini juga dapat melahirkan tenaga keija
mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian. Sejauh mana keupayaan dan
pencapaian pelajar ini? Kajian ini dibuat untuk mengetahui persepsi pelajar, guru dan
pihak pengurusan sekolah terhadap perlaksanaan Program Sijil Kemahiran. Kajian ini
penting untuk menilai keberkesanan program dan juga mengenai pasti permasalahan
yang wujud. Penyelidikan yang dijalankan ini menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian. Dua buah sekolah yang difokuskan dalam kajian ialah
Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik
& Vokasional Kluang, Johor. Seramai 146 orang yang terdiri dari 100 orang pelajar,
30 orang guru dan 16 orang pihak pengurusan sekolah telah menjadi responden dalam
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga pihak menyambut baik dan
menyokong perlaksanaan Program Sijil Kemahiran. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa program ini memberi manfaat kepada pelajar berkenaan kerana ia dapat
membantu mereka kepada peluang keijaya dengan kemahiran yang diperolehi.
Melihat kepada persepsi ketiga-tiga responden, wajarlah program ini diteruskan di
masa akan datang dengan memberi peningkatan dari masa ke semasa untuk menjamin
keberkesanannya kepada pelajar berkenaan. |
---|