Penghasilan dan penilaian cakera pad at video dokumentari pendidikan mesin suntikan plastik bagi subjek kejuruteraan pengeluaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, kedah
Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai isi kandungan dan juga elemen-elemen multimedia di dalam cakera pada...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9486/1/24p%20MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9486/2/MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI%20COPYRIGHT%20DECLARATIION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9486/3/MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media
pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk
menilai isi kandungan dan juga elemen-elemen multimedia di dalam cakera padat
yang dihasilkan oleh pengkaji seterusnya menilai tahap peningkatan kefahaman
pelajar apabila menggunakan cakera padat tersebut. Responden untuk kajian ini
terdiri daripada 40 orang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Jitra, Kedah yang mengikuti kursus kejuruteraan mekanikal dalam jurusan
pembuatan. Kaedah kajian yang digunakan adalah separuh pengujian. Untuk kajian
ini, instrumen yang digunakan adalah set soalan ujian dan borang soal selidik. Datadata
yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) versi 10.0 yang melibatkan skor min dan ujian t (Independent -
Samples T Test). Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan cakera padat video
dokumentari pendidikan memenuhi keperluan berdasarkan kepada skor min yang
berada pada tahap yang tinggi (skor min = 4.25). Manakala bagi tahap elemenelemen
multimedia dalam cakera padat tersebut juga memenuhi keperluan pada tahap
yang tinggi (skor min = 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar pada ujian pasca bagi pelajar
yang menggunakan dan tanpa menggunakan cakera padat video dokumentari
pendidikan yang dihasilkan oleh pengkaji. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan cakera
padat video dokumentari pendidikan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan supaya cakera padat
video dokumentari pendidikan ini dimurnikan ke dalam bentuk web untuk
memudahkan para pengguna memperoleh maklumat. |
---|