Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bertajuk "Prosedur Ujian Bahan Binaan Jalan Raya"
Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidik...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9488/1/24p%20MOHAMED%20SAIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9488/2/MOHAMED%20SAIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9488/3/MOHAMED%20SAIM%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media
pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah
untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidikan
dalam bentuk CD-ROM yang dapat membantu dan memberi kefahaman kepada
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di Politeknik Malaysia.
Kajian ini melibatkan seramai 35 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah yang mengikuti modul
Makmal Kejuruteraan Awam (C 303). Instrumen kajian ini ialah dengan
menggunakan CD-ROM Video Dokumentari Pendidikan yang dibangunkan dan
borang soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 yang melibatkan nilai skor min dan
sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas positif telah diberikan
oleh responden terhadap pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Untuk
Bahagian B (Membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar), purata nilai
skor min adalah sebanyak 4.07. Manakala untuk Bahagian C (Memberi kefahaman
kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran) pula, purata nilai skor
min adalah sebanyak 4.14. Pengkaji berharap kajian yang telah dilakukan ini dapat
diperbaiki dan diperkemaskan lagi bagi tujuan penambahbaikan oleh mereka yang
berminat untuk membuat kajian yang sama pada masa hadapan. |
---|