Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik
Kemahiran komunikasi adalah salah satu kemahiran yang amat penting dalam kehidupan terutama dalam dunia pekerjaan. Para majikan pada masa kini pula telah meletakkan kemahiran berkomunikasi sebagi salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja. Namun begitu, senario grad...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9504/1/24p%20NOORASMAHWATI%20MD.%20DIAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9504/2/NOORASMAHWATI%20MD.%20DIAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9504/3/NOORASMAHWATI%20MD.%20DIAH%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kemahiran komunikasi adalah salah satu kemahiran yang amat penting dalam
kehidupan terutama dalam dunia pekerjaan. Para majikan pada masa kini pula telah
meletakkan kemahiran berkomunikasi sebagi salah satu kemahiran bukan teknikal
yang perlu dikuasai oleh para pekerja. Namun begitu, senario graduan menganggur
disebabkan kurang kemahiran bukan teknikal seterusnya tidak dapat memenuhi
kehendak majikan masih tetap berlaku. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal
pasti tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar serta hubungannya
dengan faktor keyakinan diri dan jantina. Seramai 257 orang pelajar diploma
kejuruteraan semester akhir telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini
dari dua buah politeknik iaitu Politeknik Merlimau ( PMM) dan Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah (PTSB). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
dengan indeks kebolehpercayaan 0.8839. Data dianalisis secara statistik deskriptif
(seperti skor min, sisihan piawai dan peratusan) dan statistik inferensi (Analisis
Ujian- T Tidak Bersandar, dan Analisis Korelasi Pearsons) dengan menggunakan
perisian Statistic Package of Social Science (SPSS versi 11.5). Hasil kajian yang
diperolehi menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar, tahap penguasaan kemahiran
komunikasi serta persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh
pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya adalah
tinggi. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
kemahiran komunikasi di antara jantina. Manakala terdapat perkaitan iaitu hubungan
positif yang kuat antara keyakinan diri pelajar dengan penguasaan kemahiran
komunikasi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi perhatian dan
mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus membantu meningkatkan
kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar |
---|