Kelestarian kolaborasi antara industri dan politeknik dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan kerja
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri kerana PBK menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi pendidikan dan pengaplikasian amali di industri. Untuk memastikan kaedah P...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/953/1/24p%20SYAMHANIM%20ISMAIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/953/2/SYAMHANIM%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/953/3/SYAMHANIM%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan kaedah pembelajaran yang
melibatkan kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri kerana PBK
menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi
pendidikan dan pengaplikasian amali di industri. Untuk memastikan kaedah PBK
berjalan dengan lancar, maka kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri perlu
dititikberatkan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka secara
mendalam mengenai kelestarian kolaborasi antara politeknik dan industri dalam tiga
program perintis yang menggunakan kaedah PBK menggunakan pendekatan
kualitatif kajian kes pelbagai. Penyelidik menggunakan kaedah temubual secara
mendalam dan bersemuka dengan peserta kajian berpandukan protokol separa
berstruktur terhadap tiga orang peserta kajian daripada politeknik dan lima orang
peserta kajian daripada industri. Hasil temubual yang telah diperolehi telah di
transkrip dan dianalisis secara tematik. Hasil daripada penerokaan pengalaman
peserta kajian, penyelidik telah mendapati bahawa terdapat dua tema dan enam
subtema telah terhasil. Tema yang pertama adalah motivasi dan tiga subtema
daripada tema motivasi adalah pengalaman kolaborasi yang lepas, rancangan
jangkamasa panjang dan Corporate Social Responsibility. Tema yang kedua adalah
win-win situation dan tiga subtema daripada tema win-win situation ialah kesediaan
pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri, kebolehpasaran pelajar yang
menjadi sumber tenaga kerja industri dan perkongsian dan peralihan ilmu antara
institusi dan industri. Berdasarkan kepada hasil penyelidikan ini juga, satu rumusan
konseptual kelestarian kolaborasi antara institusi dan industri dalam perlaksanan
PBK telah dicadangkan sebagai panduan kolaborasi dalam PBK dan diharapkan
dapat menjadi rujukan kepada penyelidik lain yang melakukan penyelidikan
pengalaman fenomena yang hampir sama dengan penyelidik. |
---|