Tahap kematangan e-pembelajaran: satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah univerisiti yang menerapkan pembeiajaran dan pengajaran berkonsepkan sistem e-pembelajaran. Namun begitu, belum ada kajian terhadap tahap keberkesanan dan kemampuan sistem e-pembelajaran yang digunapakai dijalankan. Kajian dijalankan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Radzi, Muhammad Firdaus
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9551/1/24p%20MUHAMMAD%20FIRDAUS%20CHE%20RADZI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9551/2/MUHAMMAD%20FIRDAUS%20CHE%20RADZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9551/3/MUHAMMAD%20FIRDAUS%20CHE%20RADZI%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah univerisiti yang menerapkan pembeiajaran dan pengajaran berkonsepkan sistem e-pembelajaran. Namun begitu, belum ada kajian terhadap tahap keberkesanan dan kemampuan sistem e-pembelajaran yang digunapakai dijalankan. Kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap kematangan e-pembelajaran di UTHM dari sudut pembangunan kandungan sistem e-pembelajaran berdasarkan Model Kematangan e-Pembelajaran (EMM) oleh Marshall (2007). Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 30 orang ketua panel bidang, 33 orang pensyarah dan 30 orang ahli jawatankuasa e-pembelajaran di UTHM. Responden dipilih berdasarkan peranan masing-masing dalam amalan sistem e-pembelajaran di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian diperkukuhkan lagi melalui kaedah temu bual terhadap beberapa staf yang terlibat secara langsung dengan sistem epembelajaran di UTHM. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian mendapati tahap sokongan kepada pensyarah, pengurusan sumber sistem e-pembelajaran dan tahap penggunaan piawaian e-pembelajaran berada pada tahap kurang matang. Manakala tahap perkaitan antara teknologi, pedagogi dan kandungan berada pada tahap yang tidak matang. Kesimpulannya, tahap kematangan e-pembelajaran dari sudut pembangunan kandungan e-pembelajaran di UTHM adalah berada pada tahap kurang matang