Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran sistem elektronik 2 untuk pelajar politeknik
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer dalam bentuk CD ROM boleh membantu proses pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 2. Satu perisian dinamakan ElecSys-2 di bangun dengan menggunakan gabungan pakej pe...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9565/1/24p%20HASRI%20HAMDAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9565/2/HASRI%20HAMDAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9565/3/HASRI%20HAMDAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana
kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer dalam bentuk CD ROM boleh
membantu proses pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 2. Satu
perisian dinamakan ElecSys-2 di bangun dengan menggunakan gabungan pakej perisian
Macromedia Authoware, Flash dan Adobe Photoshop. Kajian ini meninjau persepsi
pelajar dari aspek penerimaan pelajar, motivasi dan kesesuaian reka bentuk terhadap
pembelajaran berbantu komputer termasuk keperluannya untuk dijadikan bahan rujukan
kepada pelajar. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester dua
Sijil dan Diploma Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuching yang dipilih secara rawak
sebagai sampel. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah
berbentuk borang soal selidik. Data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif
menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Pakages for Social Sciencej versi 11.0
bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan responden
bersetuju bahawa kebolehgunaan perisian ElecSys-2 yang dibina boleh membantu
pelajar dalam proses pembelajaran berdasarkan purata min keseluruhan bagi setiap
persoalan kajian iaitu tahap penerimaan pelajar (3.03), aspek motivasi (2.98) dan
kesesuaian reka bentuk (3.12) yang berada pada tahap setuju. Hasil kajian mendapati
penerimaan pelajar adalah baik terhadap penghasilan perisian tersebut di samping dapat
memotivasikan mereka. Beberapa eadangan juga dikemukakan untuk meningkatkan lagi
kualiti perisian supaya dapat mempertingkatkan lagi kualiti pembelajaran pelajar |
---|