Minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauhmana minat, sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenisjenis perisian komputer yang diminati. Seramai 36 orang guru dari S...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9635/1/24p%20SHARIPAH%20KHADIJAH%20S.HASHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9635/2/SHARIPAH%20KHADIJAH%20S.HASHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9635/3/SHARIPAH%20KHADIJAH%20S.HASHIM%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauhmana minat, sikap
dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenisjenis
perisian komputer yang diminati. Seramai 36 orang guru dari Sekolah Menengah
Teknik Temerloh, Pahang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Statistik
deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data berdasarkan minat,
sikap dan kesediaan guru terhadap penggunaan komputer. Hasil kajian menunjukkan
pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi sikap yang
ditunjukkan oleh mereka adalah negatif. Selain daripada itu, hasil kajian ini juga
mendapati bahawa jenis perisian komputer yang lebih diminati ialah penyelesaian
masalah, latih tubi dan penilaian berbanding jenis tutorial, simulasi dan permainan
tutorial. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan minat, sikap dan kesediaan guru
terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badanbadan
korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan
program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan bilangan komputer
yang lebih banyak disediakan di sekolah-sekolah. |
---|