Pembangunan sistem pendaftaran kursus pendidikan berterusan secara online (e-spbb)
Perkembangan teknologi maklumat dengan begitu cepat pada masa kini telah memberi kesan yang besar kepada manusia di dalam semua bidang termasuk pemiagaan dan pengurusan. Melalui penggunaan pangkalan data yang serba lengkap pemprosesan maklumat dapat dilakukan dengan cepat, berkeupayaan untuk men...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9699/1/24p%20MUSA%20ABU%20SAMAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9699/2/MUSA%20ABU%20SAMAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9699/3/MUSA%20ABU%20SAMAH%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Perkembangan teknologi maklumat dengan begitu cepat pada masa kini telah
memberi kesan yang besar kepada manusia di dalam semua bidang termasuk
pemiagaan dan pengurusan. Melalui penggunaan pangkalan data yang serba lengkap
pemprosesan maklumat dapat dilakukan dengan cepat, berkeupayaan untuk
menyimpan maklumat dengan banyak dan dalam jangka masa yang lebih lama.
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai sistem pendaftaran kursus
pendidikan berterusan secara online (e-sppb) bagi Pusat Penyelidikan, Perundingan
dan Pendidikan Berterusan (PPB), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO). Penilaian telah dilakukan terhadap keberkesanan e-sppb yang
dibangunkan dari aspek kebolehgunaan dan mesra pengguna. Populasi kajian ini
ialah pelajar pendidikan berterusan KUiTTHO dan juga kakitangan pentadbiran PPB.
Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan juga temu ramah.
Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages
for Social Sciences Version 11.0 (SPSS) yang melibatkan skor min dan juga ujian-t
(Independent t-test). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat beberapa kekangan
dalam sistem pendaftaran kursus pendidikan yang sedia ada di PPB. Tahap
kebolehgunaan sistem tersebut adalah tinggi (skor min = 3.81), tahap mesra
pengguna pula adalah sederhana (skor min = 3.73). Secara keseluruhannya
keberkesanan e-sppb adalah sederhana dengan skor min 3.77. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar pendidikan
berterusan dan persepsi kakitangan PPB terhadap keberkesanan e-sppb. Sistem
sebegini juga didapati boleh membantu pengurusan pendaftaran kursus pendidikan
berterusan di PPB, KUiTTHO. Pengkaji mencadangkan agar e-sppb ini
diperkemaskan lagi dengan mempertingkatkan lagi ciri-ciri mesra pengguna dan
keselamatan, disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
serta membina sistem ini di dalam satu web pemasaran bagi pendidikan berterusan |
---|