Penglibatan wanita dalam profesion IT di Malaysia
Kajian ini mengkaji pola penglibatan wanita dan lelaki dalam pasaran buruh IT perkhidmatan awam Malaysia, khususnya di dalam sektor perkhidmatan gunasama serta perbandingan di antara pasaran buruh IT dengan pekerjaan-pekerjaan lain dalam perkhidmatan awam. Data-data untuk kajian ini diperolehi, d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9874/1/24p%20SITI%20HUDZIMAH%20BUJANG.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9874/2/SITI%20HUDZIMAH%20BUJANG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9874/3/SITI%20HUDZIMAH%20BUJANG%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini mengkaji pola penglibatan wanita dan lelaki dalam pasaran buruh
IT perkhidmatan awam Malaysia, khususnya di dalam sektor perkhidmatan
gunasama serta perbandingan di antara pasaran buruh IT dengan pekerjaan-pekerjaan
lain dalam perkhidmatan awam. Data-data untuk kajian ini diperolehi, disusun dan
dikira dari pelbagai sumber sekunder. Sumber-sumber berkenaan termasuklah dari
jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian dan penyelidik-penyelidik
persendirian. Bagi perkhidmatan awam, data yang dipilih untuk analisis pola adalah
data untuk tahun 1997 sehingga 2000. Manakala bagi sektor perkhidmatan
gunasama, data yang terpilih adalah data yang diperolehi dari tahun 1975 sehingga
2000. Kajian ini mendapati bahawa personel IT wanita adalah lebih dominan dalam
pekerjaan yang berkemahiran tinggi berbanding pekerjaan berkemahiran rendah.
Dalam perkhidmatan gunasama, walaupun kadar penyertaan wanita adalah tinggi
dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi, namun mereka juga adalah golongan
terbesar dalam pekerjaan berkemahiran rendah. Semakin banyak peluang pekerjaan
diwujudkan serta lebih ramai wanita memasuki bidang pekerjaan IT sejajar dengan
perkembangan pesat IT di Malaysia. Kadar penyertaan wanita bagi perkhidmatan
awam dalam bidang kejuruteraan adalah terlalu rendah berbanding bidang-bidang
lain seperti komputer, sains perpustakaan dan perakaunan. Akhimya, beberapa
cadangan turut dikemukakan untuk memperbaiki status wanita dalam struktur guna
tenaga IT |
---|