Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran pelarasan akaun : satu kajian kes di politeknik

Modul Pembelajaran merupakan satu media pengajaran yang dibentuk untuk membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Objektifkajian ini adalah untuk menilai sejauh mana Modul Pembelajaran Pelarasan Akaun dapat membantu proses pembelajaran pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, ciri-ciri mesra...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mat Nor, Suhaila
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9878/1/24p%20SUHAILA%20MAT%20NOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9878/2/SUHAILA%20MAT%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9878/3/SUHAILA%20MAT%20NOR%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Modul Pembelajaran merupakan satu media pengajaran yang dibentuk untuk membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Objektifkajian ini adalah untuk menilai sejauh mana Modul Pembelajaran Pelarasan Akaun dapat membantu proses pembelajaran pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, ciri-ciri mesra pengguna dan tahap kebolehlaksanaan. Di samping itu juga kajian ini mengenal pasti adakah terdapat perbezaan pencapaian markah pelajar selepas menggunakan kaedah pembelajaran bermodul. Responden kajian terdiri daripada 52 orang pelajar semester satu sesi 2003/2004 Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan dan eksperimental. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialahjenis soal selidik dan soalan ujian pra dan ujian selepas. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan skor min dan ujian T (Paired-Samples T Test). Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan modul adalah memenuhi keperluan modul berdasarkan kepada skor min yang berada pada tahap tinggi iaitu 3.88. Ciri mesra pengguna dalam moduljuga berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.06. Hasil kajianjuga mendapati modul yang dihasilkan bersifat kebolehlaksanaan dalam membantu proses pembelajaran pelajar dengan skor min 3.89. Selain itu dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian markah yang signifikan oleh pelajar selepas menggunakan kaedah pembelajaran bermodul. Cadangancadangan dikemukakan untuk menunjukkan bagaimana Modul Pembelajaran Pelarasan Akaun boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu proses pembelajaran pelajar