Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Kepuasan Kerja
Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk dan pelaku gangguan seksual dan sejauhmana hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Gangguan seksual diukur menggunakan soal selidik Sex And The Workplace, manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja, masing-masing diukur dengan Job Related...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/1003/1/JT34E5.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk dan pelaku gangguan seksual dan sejauhmana hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Gangguan seksual diukur menggunakan soal selidik Sex And The Workplace, manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja, masing-masing diukur dengan Job Related Tension Index dan Brayfield-Rothe Index. Seramai 100 orang operator pengeluaran wanita yang berpengalaman diganggu seksual dipilih sebagai subjek kajian menggunakan persampelan tujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi. Keputusan kajian menunjukkan bentuk gangguan yang kurang serius lebih kerap berlaku dan pelaku utamanya ialah rakan sekerja dan ketua atau penyelia. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bersifat positif dengan tekanan kerja dan bersifat negatif dengan kepuasan kerja. Beberapa cadangan untuk kajian hadapan turut dinyatakan dalam kajian ini. |
---|