Summary: | Kajian ini adalah untuk mengenalpasti Persepsi Pelatih-Pelatih Pusat Serenti Terhadap
Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru Kajian ini telah dijalankan ke atas 80
orang pelatih di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Kajian ini dijalankan secara deskriptif
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian kemudiannya di analisis melalui
komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial For Window Version 14.0
(SPSS 14.0). yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min berpandukan skala likert .
Nilai alpha bagi kajian ini ialah 0.87 dan berada di tahap tinggi. Keputusan kajian menunjukkan
respon pelatih terhadap semua faktor yang dikaji untuk program vokasional adalah tinggi. Kajian ini
juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan dengan
mewujudkan program yang memberi peluang kepada pelatih untuk mengetahui selok belok dunia
pekerjaan. Penyelidik mencadangkan satu kajian yang menyeluruh ke atas semua populasi pelatih
dan tenaga pengajar pusat serenti yang berada di seluruh negara bagi memastikan aplikasi program
vokasional ini lebih relevan di masa akan datang.
Katakunci : Pusat Serenti Tampoi, Statistical Package for Social (SPSS), perception of the trainer
|