Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti implikasi pembelajaran
berasaskan amali terhadap pembentukan kerjaya jurutera. Sampel kajian terdiri daripada tiga
puluh orang jurutera di sekitar Pontian dan soal selidik dipilih sebagai instrument untuk kajian
ini.. Penyelidik hanya menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk menganalisis data kajian.
Ujian diskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah kekerapan, peratusan dan min. Hasil
kajian ini menunjukkan, wujudnya pengetahuan secara tidak langsung dalam aspek pengurusan
am, projek dan kesan pembelajaran berasaskan amali ini akan menjadikan mereka lebih bersedia
dan yakin untuk menjadi seorang jurutera yang baik. Kesan positif ini juga akan
menyumbangkan kesan yang sangat baik terhadap pembangunan negara pada masa akan datang.
Katakunci : SPSS, formality to be engineer.
|