Pembangunan Kamus Fizik Interaktif Berasaskan Web: Askphysics

Tujuan projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah Kamus Fizik Interaktif AskPhysics berasaskan web bagi istilah Fizik Tingkatan Empat mengikut huraian sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus web ini dibina dengan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan perisian sokongan lain...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aris, Baharuddin, Abd Rahman, Norsyafrina
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10253/2/Norsyafrina_binti_Abd_Rahman.pdf
Description
Summary:Tujuan projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah Kamus Fizik Interaktif AskPhysics berasaskan web bagi istilah Fizik Tingkatan Empat mengikut huraian sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus web ini dibina dengan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sony Foundry Sound Forge 6.0. Penghasilan kamus web ini berpandukan oleh ciri-ciri reka bentuk persekitaran pembelajaran konstruktivis oleh Jonassen (1999) seperti pendedahan dan manipulasi masalah, alat kognitif (pembangunan pengetahuan), alat kolaboratif, sokongan sosial dan kontekstual. Selain itu, elemen multimedia teks, grafik, animasi, audio dan video juga diintegrasikan dalam pembangunan web agar menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menghiburkan. Model ADDIE telah dijadikan tunjang asas bagi pembangunan web ini. Diharapkan dengan pembangunan kamus berasaskan web ini dapat membantu pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep asas fizik.