Persepsi Pelajar SPI Terhadap Buku-Buku Rujukan Islam Di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Skudai

Koleksi bahan yang disediakan di perpustakaan sangat penting dalam proses pembelajaran mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap buku rujukan Islam di Perpustakaan Sultana...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nizar, Tamar Jayan, Mohd. Rasidi, Noor Azalea
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10269/2/Noor_Azalea_Binti_Mohd_Rasidi.pdf
Description
Summary:Koleksi bahan yang disediakan di perpustakaan sangat penting dalam proses pembelajaran mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap buku rujukan Islam di Perpustakaan Sultanah Zanariah. Seramai 84 responden dalam kalangan pelajar SPI tahun 3 dan 4 di UTM Skudai terlibat dalam kajian ini. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengukur persepsi pelajar ke atas ketiga-tiga aspek yang dikaji. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages ForSocial Sciences Windows (SPSS) Versi 14.0. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.747. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.54, diikuti dengan persepsi pelajar SPI terhadap buku-buku rujukan Islam di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51 dan apakah masalah yang dihadapi ketika mendapatkan bahan di perpustakaan berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.45. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.