Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Kerja Sambilan

Pada masa kini, kebanyakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia bekerja secara sambilan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap kerja sambilan. Seramai 82 orang responden da...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Nizar, Tamar Jaya, Abdullah, Nor Syahidah
格式: 文件
语言:English
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/10284/2/Nor_Syahidah_Binti_Abdullah.pdf
实物特征
总结:Pada masa kini, kebanyakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia bekerja secara sambilan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap kerja sambilan. Seramai 82 orang responden daripada pelajar tahun tiga dan empat SPI terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 30 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.897. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan adalah 3.75. Seterusnya, faktor luaran yang mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan adalah kerana faktor kewangan yang tidak mencukupi serta ingin mengurangkan beban keluarga dengan min 3.72. Secara keseluruhannya faktor dalaman lebih mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan dengan nilai min sebanyak 4.13. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Cadangan kajian lanjutan juga turut disarankan bagi penyelidikan pada masa akan datang.