Tinjauan Terhadap Penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 4 Di SMK, Ipoh, Perak.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas pelajar aliran Sains tingkatan 4 terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia dan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Aziz, Po@Foo, Lai Yin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10288/2/Po_Lai_Yin.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas pelajar aliran Sains tingkatan 4 terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia dan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu dengan menggunakan PBK. Kajian penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 100 orang responden dari 2 buah sekolah iaitu SMK Buntong dan SMK Menglembu telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik terdiri daripada tiga bahagian: Bahagian A (Latar belakang responden), Bahagian B (25 soalan berbentuk Skala Likert berkaitan maklum balas pelajar terhadap penggunaan PBK dalam matapelajaran Kimia) dan Bahagian C (Ujian Kimia) digunakan untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS) version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari segi persepsi pelajar terhadap penggunaan PBK dalam pengajaran kimia, hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan PBK dapat merangsangkan deria pelajar merupakan min yang tertinggi. Manakala dari segi persepsi pelajar terhadap budaya sekolah pula, responden bersetuju guru memainkan peranan penting dalam penggunaan PBK. Kekerapan penggunaan PBK di tempat kajian menunjukkan PBK dijalankan pada setiap waktu pengajaran mata pelajaran Kimia. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah masalah guru semasa penggunaan PBK dalam pengajaran tajuk kimia tertentu. Beberapa cadangan dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan dalam kajian ini.