Summary: | Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha be
rterusan untuk memperke
mbangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan
bermoral tinggi (Kementerian Pelajaran Ma
laysia, 2001). Kerajaan telah mewujudkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) untuk melahirkan warganegara yang se
imbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepe
rcayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1988). Bermula dengan
Kurikulum Kimia Tradisi berubah kepada
Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya
Kimia KBSM (1989) dan yang terbaru Kimia
KBSM baru (yang disemak semula, 2002). Seterus
nya berlaku perubahan apabila mata pelajaran
sains dan matematik akan diajar dalam baha
sa inggeris secara se
penuhnya pada tahun 2008.
Perubahan ini dilakukan untuk me
menuhi inspirasi negara untuk menjadikan Malaysia negara
maju pada tahun 2020. Malaysia sebagai sebuah ne
gara yang sedang berusaha mencapai taraf
negara maju menjelang tahun 2020, telah meleta
kkan bidang sains dan teknologi sebagai salah
satu pra-syarat bagi men
capai hasrat tersebut.
Aspek pendidikan merupakan fokus utama yang
perlu diberi perhatian bagi melahirkan
masyarakat yang inovatif, kreatif dan berfikiran
kritis. Pendekatan penga
jaran dan pembelajaran
dalam Kimia KBSM baru melibatkan proses
pemerolehan pengetahuan dan penguasaan
kemahiran secara bersepadu dengan mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan yang
pelbagai (Abu Hassan, 2004). Pendekatan ini
merangkumi pendekatan konstruktivisme,
penglibatan pelajar secara aktif, penggunaan kema
hiran berfikir secara berfikrah, pengoperasian
dan aplikasi kemahiran saintifik di samping pe
mbentukan sikap saintifik dan nilai murni (Abu
Hassan, 2003). Usaha ini dilakukan secara
bersungguh-sungguh bagi membina masyarakat
saintifik yang progresif, i
novatif dan berpandangan jauh.
|