Summary: | Kemahiran membina ayat mudah merupakan tunjang dalam penulisan Bahasa Melayu. Kelemahan dalam memulakan penulisan menyebabkan kesukaran untuk mengikut pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat di kalangan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan melibatkan responden yang merupakan murid Pemulihan Khas tahun 2 di sebuah sekolah daerah Pontian di Negeri Johor yang berpotensi untuk diserapkan dalam kelas perdana. Pembelajaran kendiri menerusi videomenggunakan pendekatan konstruktivisma diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk kajian ini. Satu set ujian pra dan pasca dijalankan untuk melihat tahap keberkesanan dan tahap pencapaian murid selepas men ggunakan pembelajaran dijalankan menggunakan videoKonstruktivisma. Data diuji menggunakan SPSS dengan Ujian Wilcoxon Signed Ranked. Faktor luaran seperti minat dan kecenderungan juga membawa kepada pengaruh keberkesanan dapatan ujian. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa, murid sangat berminat untuk belajar menggunakan bahan interaktif selari dengan perkembangan masa kini seperti video, permainan maya dan lain-lain.
|