Tahap Disiplin Pelajar Sekolah Masa Kini : Satu Kajian Di Maahad Ahmadi Tanah Merah

Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar Maahad Ahmadi Tanah Merah,Kelantan (MATM) terhadap disiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar.Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar MATM terhadap cara-carayang dapat me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hehsan, Aminuddin, Muhamad, Siti Noor
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10490/1/TAHAP_DISIPLIN_PELAJAR_SEKOLAH_MASA_KINI.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar Maahad Ahmadi Tanah Merah,Kelantan (MATM) terhadap disiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar.Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar MATM terhadap cara-carayang dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar dengan lebih berkesan. Seramai 138 orang responden dari kalangan pelajar tingkatan 4 MATM telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yangdigunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 57 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah ? = .65. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan datadipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yangpositif terhadap aspek yang dikaji iaitu berkaitan disiplin, faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dan cara-cara yang dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar dengan lebih berkesan. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap disiplin di sekolah-sekolah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.