Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik menerusi tinjauan terhadap tahap amalan pengurusan sumber manusia, pengurusan pemasaran, penggunaan teknologi dan pengurusan kewangan. Kajian in...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rajuddin, Muhd Rashid, Alias, Fazlee
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10511/1/Tahap_Pengurusan_Perniagaan_Dalam_Industri_Kecil_Dan_Sederhana.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik menerusi tinjauan terhadap tahap amalan pengurusan sumber manusia, pengurusan pemasaran, penggunaan teknologi dan pengurusan kewangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan untuk mengutip data ialah soal selidik yang mengandungi 40 item. Sampel kajian adalah terdiri daripada 80 orang pengusaha batik yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Kelantan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratus dan bagi memudahkan penganalisaan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences) version 15.0 for windows digunakan. Purata peratus keseluruhan bagi setiap amalan pengurusan yang diperolehi dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik adalah berada pada tahap yang sederhana.