Summary: | Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi sesebuahmasyarakat dan negara. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk meninjau persepsi pelajar 4 SPHterhadap bidang usahawan siswa. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan minatterhadap bidang keusahawanan berdasarkan jantina, mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidangkeusahawanan, mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar dan mengenalpasti doronganyang mempengaruhi pelajar. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedahtinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumenkajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latarbelakang responden dan bahagian B adalah untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yangdigunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 40 item soalan danmenggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.792. Seramai126 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS16.0 untuk mendapatkan keputusan. Kajian mendapati bahawa persepsi pelajar 4SPH terhadapbidang usahawan siswa masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Aspekminat, aspek sikap, aspek ciri-ciri dan aspek dorongan yang diterima berada ditahap yang sederhana.Penambahbaikan perlu dilakukan agar mencapai ke peringkat yang lebih baik.
|