Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Pendimensian Dan Teks Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian 2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bertajuk Pendimensian dan Teks dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shahar...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saud, Muhammad Sukri, Zulkipli, Lynda Noor Afzan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10542/1/Pembinaan_Dan_Penilaian_Kesesuaian_Modul_Pengajaran_Kendiri_Pendimensian_Dan_Teks_Bagi_Mata_Pelajaran_Lukisan_Kejuruteraan_Berbantu_Komputer.pdf
Description
Summary:Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian 2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bertajuk Pendimensian dan Teks dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina secara Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Satu set soal selidik yang dikenali sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) oleh Shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dan diharapkan implikasi bagi MPK ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar, pensyarah, penggubal kurikulum dan Institusi Pengajian.