Persepsi Ibubapa Terhadap Tahap Iklim Sekolah Daripada Aspek Pengurusan, Hubungan Sosial Dan Gaya Pengajaran Di Sebuah Sekolah Swasta Di Daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan melihat persepsi ibu bapa terhadap tahap iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bharu. Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji tiga aspek utama iaitu aspek pengurusan sekolah, hubungan sosial di antara guru dan pelajar serta gaya pengajaran. Seramai 80...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Hanim, Sudin, Nasriah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10714/1/PERSEPSI_IBUBAPA_TERHADAP_TAHAP_IKLIM_SEKOLAH_DARIPADA_ASPEK_PENGURUSAN.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan melihat persepsi ibu bapa terhadap tahap iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bharu. Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji tiga aspek utama iaitu aspek pengurusan sekolah, hubungan sosial di antara guru dan pelajar serta gaya pengajaran. Seramai 80 orang ibubapa kepada pelajar di sekolah tersebut dipilih secara rawak untuk menjadi responden kepada kajian ini. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statiscal Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). Ia mengandungi 30 item berbentuk soalan skala Likert. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.879. Dapatan kajian menunjukkan iklim sekolah dari aspek pengurusan berada pada tahap baik begitu juga dengan aspek hubungan sosial pelajar dan guru. Berbeza dengan aspek gaya pengajaran, iklim sekolah berada pada tahap sederhana.