Summary: | Islam mewajibkan setiap penganutnya menuntut ilmu supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang jahil. Ilmu fikah merupakan antara lapangan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim yang mukallaf kerana di dalamnya terkandung syariat-syariat Allah S.W.T. yang perlu dilunasi. Justeru, kajian ini mengupas dengan lebih lanjut akan kepentingan mempelajari dan menguasai ilmu fikah menurut al-Khatib al-Baghdadi berdasarkan kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menjadikan kajian perpustakaan sebagai asas metodologi kajian penulis. Hasil kajian ini dapat menjawab persoalan tentang apakah pentingnya mempelajari serta menguasai ilmu fikah bagi setiap muslim. Di akhir kajian ini, penulis mengemukakan cadangan kepada beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi pendidikan, guru dan pensyarah, pendakwah dan individu muslim.
|