Amalan Kemahiran Generik Oleh Guru Pelatih Aliran Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap amalan kemahiran generic oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar. Seramai 182 orang responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 121 orang responden perempuan dan 61 orang responden lelaki ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sihes , Ahmad Johari, Yusop, Jawi
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10893/1/Amalan_Kemahiran_Generik_Oleh_Guru_Pelatih_Aliran_Teknik_Dan_Vokasional.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap amalan kemahiran generic oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar. Seramai 182 orang responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 121 orang responden perempuan dan 61 orang responden lelaki yang terdiri daripada semua pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM yang menjalani latihan mengajar pada semester satu 2007/2008. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.925. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 13.0 for Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kemahiran generik oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan hasrat UTM untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi memiliki kemahiran generik dapat dicapai dengan jayanya.