Pembangunan Prototaip Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Ungkapan Dan Persamaan Kuadratik Matematik Tingkatan Empat.

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi mempelajari tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dalam Bahasa Inggeris. Proses pembangunan CD-ROM multimedia berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instr...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya , Noraffandy, Husni, Mohd Azlan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10923/1/Pembangunan_Prototaip_Perisian_Pembelajaran_Berbantukan_Komputer.pdf
Description
Summary:Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi mempelajari tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dalam Bahasa Inggeris. Proses pembangunan CD-ROM multimedia berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instruksi Bersistem Model Rapid Prototyping. Perisian ini disusun secara teratur supaya pelajar dapat membina konsep dan kemahiran matematik secara aktif dan bermakna. Pelajar dibantu membina konsep abstrak dengan visual yang konkrit. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif dimana maklum balas akan diterima dengan serta-merta terhadap setiap tindakan pengguna. Pelajar mempunyai kuasa kawalan yang sepenuhnya dan bebas untuk belajar menggunakan aktiviti PBK yang telah disediakan. Aktiviti seperti kuiz dan ujian yang disediakan dalam perisian ini diharap dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Authorware, Adobe Photoshop CS, Sony SoundForge, Flash MX 2004 dan sebagainya. Di akhir proses pembangunan, sebuah prototaip perisian telah berjaya dibangunkan berdasarkan Model Rekabentuk Rapid Prototyping dan adalah diharapkan ianya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran ungkapan dan persamaan kuadratik dengan berkesan.