Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Persediaan Bakal Guru Untuk Mengajar Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah lama dilaksanakan iaitu pada tahun 2003 dan kedua-dua mata pelajaran tersebut harus diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya mulai tahun 2007. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi persediaan bak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zanzali, Noor Azlan, Che Din @ Noordin, Farhana
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10933/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Persediaan_Bakal_Guru.pdf
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah lama dilaksanakan iaitu pada tahun 2003 dan kedua-dua mata pelajaran tersebut harus diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya mulai tahun 2007. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi persediaan bakal guru untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris. Tiga faktor telah dikenalpasti dan dikaji iaitu dari segi minat, keyakinan diri dan penguasaan terhadap bahasa Inggeris. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian ini. 35 orang bakal guru matematik yang terdiri daripada pelajar 4SPM di Universiti Teknologi Malaysia diambil sebagai responden. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.8135. Analisis dapatan kajian dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS 11.5 for Windows). Berdasarkan kekerapan, peratusan dan min, dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi persediaan bakal guru untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris mencapai tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini menggambarkan sesetengah bakal guru masih masih kurang minat terhadap bahasa Inggeris, kurang keyakinan diri dan tahap penguasaan terhadap bahasa Inggeris masih rendah. Oleh itu, bakal-bakal guru ini seharusnya mengambil langkah yang bijak untuk menjadi seorang guru yang berjaya demi mendidik anak bangsa agar menjadi seorang yang mampu menabur bakti kepada bangsa, agama dan negara.