Pengetahuan Dan Sikap Pelajar Pkpg Dan Perdana Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Dan Peraturan Keselamatan Di Bengkel Fabrikasi Logam Dan Kimpalan, N30, Universiti Teknologi Malaysia : Satu Tinjauan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keselamatan bengkel di patuhi oleh pelajar Perdana tahun empat dan pelajar PKPG kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel di N30, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kaji...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/10941/1/Pengetahuan_Dan_Sikap_Pelajar_Pkpg_Dan_Perdana_Tahun_Empat_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keselamatan bengkel di patuhi oleh pelajar Perdana tahun empat dan pelajar PKPG kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel di N30, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai keselamatan bengkel, sikap positif pelajar dalam aspek keselamatan di dalam bengkel dan langkah keselamatan yang diamalkan oleh pelajar ketika menjalani kerja amali di dalam bengkel. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang telah dibuat ke atas 129 orang responden untuk mendapatkan data. Data juga diperolehi daripada pemerhatian dan temubual yang telah dibuat ke atas sebahagian daripada responden semasa menjalani aktiviti amali di dalam bengkel. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 10.0 dalam bentuk peratusan. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan pelajar mengenai keselamatan bengkel dan sikap positif pelajar dalam aspek keselamatan adalah pada tahap tinggi serta pelajar mengamalkan langkah keselamatan dengan baik semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan susulan. |
---|