Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) Topik Struktur Gelung Dan Struktur Kawalan

Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) bagi topic struktur gelung dan struktur kawalan. Isi kandungan perisian PBK ini merangkumi topik Pengenalan kepada C++, Struktrur Kawalan dan Struktur Gelung....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zaid, Norasykin, Ismail, Noor Liza
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10963/1/Pembangunan_Perisian_Pembelajaran_Berbantukan_Komputer.pdf
Description
Summary:Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) bagi topic struktur gelung dan struktur kawalan. Isi kandungan perisian PBK ini merangkumi topik Pengenalan kepada C++, Struktrur Kawalan dan Struktur Gelung. Pembelajaran berasaskan senario digunakan dalam penyampaian isi pelajaran bagi topik Struktur Kawalan dan Struktur Gelung di mana pengguna akan diberikan satu situasi berkaitan aktiviti harian pada permulaan paparan. Manakala strategi pengajaran yang digunakan dalam perisian PBK ini ialah tutorial, latihan, dan permainan bagi memudahkan pemahaman dan menarik minat pelajar. Persekitaran yang aktif dan interaktif juga disediakan dalam perisian PBK ini bagi mewujudkan suasana ingin belajar. Proses pembangunan perisian PBK ini mengaplikasikan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0. Dengan terbinanya perisian ini diharapkan dapat membantu pelajar menguasai konsep dan dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran bahasa pengaturcaraan.